Thursday, July 14, 2011

POLITEKNIK MUADZAM SHAH



UNIT HAL EHWAL PELAJAR


 Unit Hal Ehwal Pelajar adalah unit sokongan akademik yang terlibat secara langsung dengan semua pelajar di Politeknik Muadzam Shah. Bermula dengan pendaftaran pelajar-pelajar baru, Unit Hal Ehwal Pelajar juga membantu pelajar-pelajar meningkatkan pengetahuan dan maklumat mengenai proses Pengajaran & Pembelajaran di politeknik. Disamping itu program Minggu Suai Kenal pelajar juga bertujuan untuk mewujudkan suasana selesa dan harmoni sesama pelajar. Selain daripada itu juga unit ini sedaya upaya membantu meningkatkan kebajikan pelajar disamping mengawal disiplin pelajar dan memberi khidmat nasihat kepada pelajar yang memerlukan.


MOHD.HAZELY BIN ABDUL RAHIM
Pegawai Pengambilan dan Data
Politeknik Muadzam Shah
Pahang Darul Makmur

4 comments:

Penjana Minda Strategik said...

Wow hebat..Unit HEP pun dah ada blog sendiri..nanti masukkan more data..dan saya akan pastikan blog UHEP ini akan di link kan dengan Blog PMS...satu percubaan yang sangat baik..

Ok..1 nasihat dan tips untuk memudahkan orang bg komen..buang word verification supaya orang akan mudah untuk memberi komen membina..kang tak pasal-pasal orang akan meluat sebab word verification pada ruangan komen..

Mohd. Hazely said...

Terima kasih di atas komen tersebut. Nampak gayanya banyak lagi perkara yang harus dipelajari.

Kaki Wayang said...

Hahahahaha..betol tu..kalau nak belajar dengan details lagi..leh jumpe aku ngan Yazid..no hal..sume leh atur punyer..tak pun g kat blog Denaihati, eyriqazz, Ben Ashaari, Yanmionline..sebab2 sume ni blogger otai..

Kaki Wayang said...

En. Hazely..skg ni dah ada Blog PMS..so kalau leh tukarlah nama kat header tu jadi Unit HEP PMS..barula kene

Post a Comment