Friday, July 15, 2011

SEKAPUR SIRIH

 Assalamualaikum kepada semua pembaca.

Terlebih dahulu saya memohon maaf andaikata kehadiran blog ini tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Sebenarnya tujuan saya menghasilkan blog ini adalah untuk mengisi masa lapang di waktu malam kerana waktu ini selalunya bagi saya banyak idea yang datang akan tetapi saya tidak tahu dimana seharusnya ianya disalurkan. Sudah agak lama niat saya untuk menghasilkan sebuah website namun ilmu yang ada masih lagi tidak mampu untuk melakukannya. Mungkin faktor usia agaknya. Namun begitu dengan adanya laman yang dikenali sebagai blog ini ianya lebih mudah bagi saya untuk mempelajarinya dan berkarya.

Selain daripada itu, saya juga berharap maklumat yang disampaikan di dalam blog ini mungkin dapat membantu pelajar, ibubapa dan pensyarah mendapatkan maklumat yang tepat daripada pihak HEP Politeknik Muadzam Shah.

Blog ini sebenarnya BUKAN laman web rasmi politeknik. Ianya hanyalah karya saya kerana menulis blog ini, kita tidak terikat dengan perkara-perkara yang ‘official’ seperti yang tekandung di dalam web rasmi.

Akhir kata saya mohon kepada semua pihak, janganlah disalah gunakan blog ini untuk kepentingan peribadi akan tetapi jadikan ia sebagai satu saluran penyampaian yang berkesan untuk kita berhubung dan membina rangkaian agar maklumat yang disampaikan adalah tepat dan memberi kebaikan kepada semua pihak.

Sekian terima kasih.

MOHD.HAZELY BIN ABDUL RAHIM
Pegawai Pengambilan dan Data
Politeknik Muadzam Shah
Pahang

0 comments:

Post a Comment