Friday, July 22, 2011

PERSEDIAAN MENGHADAPI RAMADHAN


Hari berganti bulan dan bulan berganti tahun. Kini Ramadhan bakal kembali. Bulan yang lebih baik dari 1000 bulan, bulan yang ditunggu-tunggu kerana banyak fadhilat dan rahmat pada bulan ini.

Sehubungan dengan itu, para pelajar Politeknik Muadzam Shah khususnya perlulah membuat perancangan yang rapi bagi menghadapai bulan Ramadhan pada kali ini dan bukan persiapan untuk balik berhari raya. Berjauhan dari pada ibubapa dan keluarga mungkin sangat memeritkan lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan.


Kalau dahulunya ibu menyediakan makanan untuk berbuka dan bersahur sekarang tidak lagi. Rakan-rakan seperkuliahan menjadi teman berbuka dan bersahur. Pelajar terpaksa mengurus sendiri kehidupan dan belajar hidup berdikari. Dengan ini ianya mampu menjadikan seseorang pelajar itu lebih tabah dan cekal di dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang mahasiswa yang berjati diri yang tinggi.


Pelajar sekelian kena ingat bahawa umat islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah, dibulan ini segala Syaitan dan Iblis dibelengu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka.

Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al-Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.

0 comments:

Post a Comment