Saturday, July 16, 2011

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2011


Pendaftaran pelajar baru bagi Sesi Jun 2011 di Politeknik Muadzam Shah telah berlangsung pada 5 Julai 2011. Seawal jam 8.15pagi lagi, ramai ibubapa dan penjaga dari pelusuk negeri telah datang menunggu di Dewan Utama Politeknik Muadzam Shah bersama anak mereka bagi tujuan pendaftaran tersebut.


 Seramai 307 orang pelajar dari pelbagai kursus telah mendaftar sebagai pelajar di PMS. Berdasarkan dari Norma Ambilan Pelajar bagi Sesi Jun, PMS masih lagi kekurangan 198 orang pelajar.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Ambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik telah memohon agar diadakan “2nd intake” bagi mengisi kekosongan yang ada dengan menawarkan kemasukan kepada pelajar dari Sesi Disember 2011 untuk masuk ke Sesi Jun 2011. Maka dengan itu, pada 14 Julai 2011 PMS telah menjalankan satu lagi proses pendaftaran pelajar baru untuk memenuhi kekosongan ini.

 
Pesanan saya kepada semua pelajar baru sekelian, hargailah pengorbanan ibubapa yang telah sanggup berkorban dari segi wang ringgit dan masa demi menghantar anda ke sini dan tunaikan kewajipan anda sebagai seorang pelajar dengan belajar bersungguh-sungguh. Semoga impian anda dan ibubapa khasnya akan menjadi kenyataan di kemudian hari kelak apabila anda membawa kembali segulung diploma untuk mereka.
Akhir kata, semoga maju jaya dan selamat menempuhi alam kampus setelah bergelar siswa dan siswi PMS.


0 comments:

Post a Comment