Monday, July 18, 2011

MINGGU SUAI KENAL (MSK)


Minggu Suai Kenal bagi pelajar baru PMS telah diadakan sebaik sahaja selesai proses pendataran politeknik dan pendaftaran asrama. Minggu Suai Kenal bermula pada jam 2.00 petang pada 5 hb Julai dan tamat pada 8 hb Julai 2011 yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang telah pihak kami sediakan. Seterusnya majlis Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nor Rahim Bin Muhayat, Timbalan Pengarah, Politeknik Muadzam Shah pada 6 hb Julai 2011.


Tujuan diadakan MSK ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar memahami dan menyesuaikan diri dengan keadaan kampus Politeknik Muadzam Shah setelah anda bergelar siswa dan siswi. Saya juga tegaskan disini bahawa tiada unsur Ragging atau mendera pelajar kerana kita masuk ke politeknik adalah untuk belajar dan amaran saya tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat aduan mengenai perkara tersebut. Dalam masa tersebut juga pelajar juga diberi maklumat penting berkenaan dengan program pengajian yang ditawarkan, halatuju dan kerjaya serta kemudahan yang disediakan sepanjang para pelajar berada di PMS.


Disamping itu juga pelajar dibimbing ke arah cara dan semangat hidup di kampus agar dapat mengenali satu sama lain dengan semangat setiakawan dan saling hormat menghormati sesama pelajar dan pensyarah serta staf politeknik di dalam membentuk sahsiah dan keperibadian yang mulia.

Aktiviti berkumpulan juga telah diterapkan di dalam MSK ini dengan harapan agar pelajar dapat mengenali diri sendiri dan rakan seprogram disamping memperkukuhkan kekuatan diri masing-masing. Persediaan dari segi mental dan fizikal perlulah seimbang untuk menjadikan seseorang pelajar lebih kreatif dan berinovatif di dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan yang dipanggil sebagai ‘Campus Life’.


Selain daripada itu palajar juga telah didedahkan dengan sistem pengajaran dan pembelajaran yang sama sekali berbeza sewaktu para pelajar berada di alam persekolahan. Pelajar seharusnya sentiasa bersedia di dalam apa jua keadaan dan janganlah persediaan dilakukan disaat-sat akhir kerana akibatnya dan kesannya adalah sangat buruk. Di dalam melahirkan modal insan yang berkualiti bagi memenuhi aspirasi negara, pelajar juga didedahkan dengan sistem kualiti yang diamalkan di PMS. Ini juga selaras dengan falsafah politeknik bagi ‘Menghasilkan Insan Serba Boleh Yang Cemerlang dan Beriman’


Adalah menjadi harapan saya dan seluruh warga pendidik di Politeknik Muadzam Shah untuk melihat graduan yang dihasilkan, mampu untuk mengharumkan nama PMS bukan sahaja di peringkat negara malah di peringkat antarabangsa. Jadilah pelajar yang mempunyai semangat juang yang kental dan jangan mudah mengalah dalam apa jua bidang yang diceburi.
SELAMAT BELAJAR.

3 comments:

Penjana Minda Strategik said...

Blog anda sudah dipromosikan dalam BLOG PMS..

LIHAT SINI...

http://polimuadzamshah.blogspot.com/2011/07/pms-keluarga-baru-tahniah-unit-hal.html

Mohd. Hazely said...

Thanks for the support

adlina erie said...

nak tanye untuk program suaikenal nie firstday kene pakai bju sekolah dan berkain hitam mcam poli yang lain ke ? atau boleh pakai baju kurung biase?

Post a Comment