Monday, July 18, 2011

PERASMIAN PENUTUPAN MSK

Majlis Penutupan MSK bagi Sesi Jun 2011 agak istemewa dari biasa kerana pada kali ini Yang Berhormat Senator Dato’ Maznah Binti Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Adun Kawasan Muadzam Shah telah dapat meluangkan masa untuk merasmikan Majlis Penutupan MSK yang telah diadakan di Dewan Kuliah Utama pada 8 hb Julai 2011.


Ketibaan Y.B Dato’ Maznah di perkarangan ULPL Politeknik lebih kurang jam 10.00 pagi  disambut oleh Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai - Pegawai Kanan PMS. Setibanya di PMS, beliau telah dibawa menikmati jamuan ringan yang  telah disediakan. Setelah selesai beliau terus menuju ke Dewan Kuliah Utama PMS untuk upacara Perasmian Penutupan MSK bagi Sesi Jun 2011.


Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Taha Rulam Ahmad dari Jabatan Pengajian Am PMS. Seterusnya nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pahang dan lagu Politeknik berkumandang yang dinyanyikan oleh pelajar-pelajar baru.

Seterusnya ucapan alu-aluan dari Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Tuan Haji Rosli Bin Hamid. Selesai daripada itu, Yang Berhormat Senator Dato’ Maznah Binti Mazlan memulakan ucapan beliau. Apa yang menarik perhatian ramai di dalam ucapannya itu, beliau telah menceritakan sejarah asal usul Bandar Muadzam Shah dari mula dibangunkan hinggalah perancangannya pada masa akan datang. Beliau juga telah berbesar hati menghulurkan sumbangan bagi keperluan aktiviti pelajar di Politeknik Muadzam Shah.


Kami warga Politeknik Muadzam Shah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada ;

Yang Berhormat Senator Dato’ Maznah Binti Mazlan,
Timabalan Menteri Sumber Manusia,
(Merangkap Adun Kawasan Muadzam Shah)

Sempena Majlis Perasmian Penutupan Minggu Suai Kenal
Pelajar Sesi Jun 2011

0 comments:

Post a Comment