Friday, August 19, 2011

TRANSFORMASI POLITEKNIK MUADZAM SHAH


Sejajar dengan transformasi kearah ekonomi yang dipacu inovasi, Politeknik Muadzam Shah memainkan peranan yang penting melahirkan modal insan berkualiti dalam bidang Kejuruteraan, Reakbentuk, Teknologi Maklumat, Perdagangan dan Hospitaliti bagi memenuhi keperluan industri di negara ini yang semakin berkembang pesat.


Sehubungan dengan itu, Politeknik Muadzam Shah menggalas satu tanggungjawab yang berat dengan menawarkan program-program yang boleh dianggap sebagai ‘Market Value’ dengan memberi penekanan kepada aspek pemikiran kreatif serta kemahiran penyelidikan kepada pelajar-pelajarnya.


Diantara program-program yang disediakan di Politeknik Muadzam Shah adalah seperti berikut:
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

*      Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif)
*      Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk)
*      Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)

Jabatan Perdagangan
*      Diploma Pengajian Perniagaan
*      Diploma Akauntansi

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
*      Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
*      Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)

Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual
*      Diploma Rekabentuk Grafik

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
*      Diploma Pengurusan Pelancongan


Program-program yang disediakan di Politeknik Muadzam Shah menjurus kepada menyediakan tenaga manusia dalam sektor-sektor yang ditetapkan dalam 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi meningkatkan lagi daya saing negara di peringkat antarabangsa. Dalam pada itu, pihak pengurusan Politeknik Muadzam Shah juga sentiasa melibatkan pelajar di dalam aktiviti-aktiviti pelajar dan melaksanakan latihan industri di syarikat atau firma supaya mereka juga mendapat pengalaman di industri.


Jesteru itu, Malaysia yang kini menuju kearah negara maju dan berpendapatan tinggi memerlukan tenaga kerja mahir dan Politeknik Muadzam Shah adalah tempat untuk menimba kemahiran yang telah dinyatakan. Pihak Kerajaan juga telah meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap Politeknik untuk berdaya saing sehingga kita memperolehi status sebagai Politeknik Universiti.


Satu lagi ‘quick wins’ yang menjadi asas kepada transformasi bagi fasa pertama ialah pengwujudan bidang tujahan. Bagi Politeknik Muadzam Shah, bidang tujahan yang dikenalpasti ialah bidang Kejuruteraan Mekanikal (Automasi) yang mana program ini hanya ditawarkan di Politeknik Muadzam Shah sahaja.


Akhir kata marilah kita bersama-sama bertindak untuk menjadikan bidang tersebut sebagai pusat rujukan kecemerlangan ‘teaching & learning’, peneraju dalam kolaborasi dengan industry, penyelidikan dan penerbitan seterusnya menjadi “Center of Technology” yang mana kita menjadi pakar rujuk dalam bidang tujahan ini.

1 comments:

Scha Maddi said...

nice info.. saye bakal warge polimas :)

Post a Comment