Wednesday, October 5, 2011

ORANG ASLI DIGALAK BELAJAR DI POLITEKNIK


Berita Harian 4 Oktober, Cameron Highlands : Jabatan Pengajian Politeknik memberi jaminan untuk membantu masyarakat Orang Asli melanjutkan pengajian ke Politeknik di negara ini, dalam usaha melahirkan masyarakat Orang Asli yang berpendidikan tinggi.


Ketua Pengarahnya, Mejar (K) Md Nor Yusof berkata, politeknik menetapkan kelayakan lulus lima kredit dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi anak masyarakat itu melanjutkan pelajaran dipusat pengajian itu.


Beliau berkata, pihaknya juga akan membantu memberi tuisyen sebagai pengajian asas kepada pelajar Orang Asli, sebelum mereka diserapkan masuk ke politeknik, supaya dapat mengikuti pengajian sebaik pelajar kaum lain.

“Apa yang dilakukan untuk membantu golongan ini keluar daripada kepompong kemiskinan dan kita ingin melihat masyarakat Orang Asli mendapat pendidikan setaraf dengan kaum lain” katanya selepas merasmikan Program Semai Bakti Siswa/Siswi Politeknik Zon Timur di Perkampungan Orang Asli Kuala Boh disini.

Hadir sama, Pengarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Mejar (K) Zolkanain Jobshi. Program anjuran bersama Bahagian Pembangunan dan Kebajikan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang disertai seramai 52 orang peserta dari tujuh politeknik zon timur.

Antara politeknik yang terbabit ialah PSMZA, Politeknik Hulu Terengganu, Politeknik Kuala Terengganu, Politeknik Kota Bharu, Kelantan ; Politeknik Jeli, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dan Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

Tuan Haji Md Nor berkata inisiatif untuk memberi pertolongan biasiswa kepada mereka memang wajar kerana masalah kewangan sering membelenggu masyarakat Orang Asli dan ia juga akan mengurangkan tekanan untuk mereka belajar.

Beliau berkata, setakat ini sudah ada masyarakat Orang Asli yang belajar di politeknik tetapi jumlahnya tidak ramai berbanding dengan kaum lain. Katanya lagi, pihaknya juga membenarkan pelajar melakukan kerja sambilan untuk mereka menambah pendapatan dan pengalaman. “ Bukan hanya masyarakat Orang Asli, pelajar tempatan juga boleh melakukan kerja sambil belajar dengan syarat waktu kerja mereka tidak bercanggah dengan jadual kelas,” katanya.

2 comments:

Kaki Wayang said...

Jangan lupa tengok muka baru Blog Politeknik Muadzam Shah k..dah macam laman web rasmi Politeknik dah ni...

http://polimuadzamshah.blogspot.com/

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment