Showing posts with label hep. Show all posts
Showing posts with label hep. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

KINI KEMBALI DENGAN INFO TERKINI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Alhamdulillah, saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya maka kita semua masih diberi ruang dan peluang untuk berbakti dibumi Allah ini. Sudah agak lama rasanya tidak menulis blog ini disebabkan kesibukan aktiviti dan kerja-kerja di HEP namun di atas permintaan ramai terpaksa juga dicoretkan untuk memberi informasi dan perkembangan terkini tentang apa yang berlaku di Politeknik Muadzam Shah.

Sejak berpindah ke kampus baru, Politeknik Muadzam Shah telah menyaksikan pelbagai perkembangan dimana jumlah pelajar telah bertambah pada setiap semester. Situasi ini menunjukkan bahawa Politeknik KPTM masih lagi menjadi pilihan bagi pelajar yang meminati bidang teknikal untuk menyambungkan pelajaran mereka. Sepanjang tempoh itu juga, pelbagai pencapaian juga telah diraih menerusi penganjuran pelbagai aktiviti yang melibatkan para pelajar dan juga staf.

Penganjuran pelbagai aktiviti terutamanya kepada pelajar ini adalah sangat penting sebagai satu platform untuk Politeknik Muadzam Shah menghasilkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing di dalam memenuhi keperluan industri dan aspirasi negara. Justeru itu bagi meluaskan akses pendidikan maka Unit Hal Ehwal Pelajar menerbitkan laman web ini bagi memperbaiki sistem informasi agar lebih berkesan, cepat dan pantas didalam penyebaran maklumat samda di dalam atau diluar politeknik.

Untuk pengetahuan semua, laman blog ini BUKAN laman web rasmi politeknik akan tetapi ianya digubah atas dasar mewujudkan rangkaian dan perhubungan yang lebih meluas agar maklumat yang hendak disampaikan dapat dikongsi bersama selaras dengan teknologi yang ada pada masa kini.

Akhir kata, kami di Unit HEP memerlukan sokongan daripada semua pihak di dalam membangunkan potensi dan jatidiri pelajar agar dapat menjadi insan yang bergelar pemimpin yang akan menggerakkan ekonomi negara pada masa akan datang. Diharapkan Politeknik Muadzam Shah mampu bersaing setanding dengan IPTA lain dari segenap aspek. Sesiapa jua boleh memberi komen dan pandangan agar dapat kita berkonsi idea dan pendapat melalui blog ini untuk kita bersama-sama memajukan Politeknik Muadzam Shah di dalam segenap bidang. SEKIAN.


Wednesday, August 10, 2011

PENGAJIAN PERNIAGAAN


Program ini direkabentuk untuk melahirkan graduan yang mempuyai asas yang kuat dalam bidang pengajian perniagaan moden yang lebih komprehensif. Kepelbagaian mata pelajaran yang mencakupi semua bidang kemahiran dalam program ini mampu membentuk pelajar menceburi bidang perniagaan mereka sendiri. Asas ini amat penting kerana Malaysia sedang mengalami pembangunan industri yang pesat. Oleh itu mereka yang berkelayakan dalam bidang pengajian perniagaan adalah amat diperlukan bagi sektor komersial dan industri.

TEMPOH PENGAJIAN

6 Semester

KANDUNGAN PROGRAM

SEMESTER 1

Kod
Program
Kredit
AA101
Islamic Education 1*
2
AA102
Moral Education 1**
2
AE101
Communicative English 1
2
AR101
Co-Curriculum 1
1
AW101
Occupational Safety and Health 1
1
BC101
Computer Application
1
PB101
Statistics
3
PB102
Microeconomics
3
PA101
Fundamentals of Accounting
3


SEMESTER 2

Kod
Program
Kredit
AA201
Islamic Education 2*
2
AA202
Moral Education 2**
2
AR201
Co-Curriculum 2
1
PB201
Entrepreneurship
2
PB202
Macroeconomics
3
PM101
Principles of Marketing
3
PB203
Business Mathematics
3

***ELECTIVE
2

SEMESTER 3

Kod
Program
Kredit
AA102
Islamic Civilization
2
AE301
Communicative English 2
2
AS101
Soft Skills
2
PB301
Business Management
3
PB302
Commercial Law
3
PB303
Banking in Malaysia
3
PB304
Marketing Management : Theories
3

And Practices


SEMESTER 4

Kod
Program
Kredit
AT401
INDUSTRIAL TRAINING
10


SEMESTER 5

Kod
Program
Kredit
AE501
Communicative English 3
2
PE301
E- Commerce
3
PB501
Human Resource Management
3
PB502
Insurance and Takaful : Principles &
3

Practice

PB503
Business Ethics
3

***ELECTIVE
2

SEMESTER 6

Kod
Program
Kredit
PB601
Investment Management
3
PB602
Operation Management
3
PB603
Organizational Behavior
3
PB604
Business Finance
3
PB605
Business Research
2

PROGRAM ELEKTIF

Kod
Program
Kredit
AA103
Arabic Language 1
2
AA104
Mandarin Language 1
2
PA202
Basic Cost Accounting
3
PB204
Database Applications
3
PP302
International Business
3
PP303
Fundamentals of Supply Chain Management
3
PB504
Entrepreneurship Development
2
PP604
International Management
3


Peluang Kerjaya

Graduan dari program ini berpeluang untuk membina kerjaya dalam sektor perniagaan, perakaunan mahupun komunikasi di sektor awam dan swasta. Program ini juga membina landasan kepada pelajar yang berkeinginan untuk memulakan perniagaan secara persendirian. Kepelbagaian mata pelajaran yang mencakupi semua bidang kemahiran di dalam program ini mampu membentuk pelajar menceburi bidang keusahawanan selepas mereka menamatkan pengajian.