Friday, March 29, 2013


Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Premier, Konvensional & METrO bagi Lulusan SPM

Warganegara Malaysia Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipelawa untuk memohon kemasukan ke program pengajian peringkat Diploma Sesi Akademik 2013 di Politeknik KPT. Sila layari http://upu.mohe.gov.my atau http://www.politeknik.edu.my



Saturday, March 23, 2013

TRANSFORMASI PMS


Halatuju Politeknik Muadzam Shah mempunyai matlamat bagi membangunkan sumber manusia negara dalam memenuhi keperluan Model Baharu Ekonomi (MBE) yang memberi penekanan kepada upaya inovasi dan kreativiti dan menyediakan PMS menghadapi pelbagai senario dan cabaran masa hadapan. Seiring dengan PSPTN dan transformasi pendidikan serta latihan negara, transformasi PMS dilaksanakan untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai mentaliti kelas pertama dan menepati kehendak pasaran.

Konsep transformasi PMS merangkumi perubahan sistemik yang menjurus kepada pewujudan institusi pilihan, penghasilan siswazah yang menepati kehendak pasaran (employable graduates) dan pembinaan persepsi positif dalam kalangan masyarakat terhadap pendidikan politeknik. Aspek yang dicakupi melibatkan pemerkasaan dasar, penambahbaikan reka bentuk proses, penyampaian dan penilaian program, penyampaian kurikulum yang mantap, penjaminan kualiti program, pembangunan tenaga pengajar yang kompeten, pelajar yang berkualiti, sumber dan kemudahan yang lengkap dan usaha inovasi yang berterusan.

PMS juga mempunyai peranan yang khusus untuk menangani perubahan ekosistem pengajian tinggi negara yang bukan sahaja memerlukan modal insan berilmu tinggi tetapi juga mempunyai kemahiran pada peringkat tinggi. Negara perlu meningkatkan peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi daripada 23% kepada 37% menjelang tahun 2015. Justeru, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) perlu diarusperdanakan sebagai langkah merealisasi sasaran negara termasuk meningkatkan imej TEVT pada pandangan masyarakat. Justeru itu seluruh warga PMS disarankan supaya bersama-sama menggembeling tenaga agar matlamat ini dapat dicapai. 

Sunday, January 15, 2012

PENUBUHAN ASKAR WATANIAH PMS

Askar Wataniah (AW) adalah badan sekarela yang berlainan dari badan sukarela yang lain. Ahli merupakan angkatan simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai benteng kedua di dalam mempertahankan Negara kita yang tercinta. Jesteru itu pihak Politeknik Muadzam Shah dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia mempelawa pelajar-pelajar PMS menganggotai Askar Wataniah yang mana ia menrupakan satu sumbangan murni di dalam menyahut seruan ibu pertiwi. Disamping itu juga pelajar akan dapat membina jatidiri serta memperolehi pengalaman baru di dalam bidang ketenteraan.


Sehubungan dengan itu PMS mempelawa seberapa ramai pelajar untuk menyertai Askar Wataniah dengan harapan agar pelajar lebih berdisiplin dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Disamping itu juga pelajar boleh memperolehi wang saku hasil daripada elaun yang disediakan untuk menampung sedikit sebanyak perbelanjaan semasa di Politeknik.


Taklimat akan diadakan pada hari Khamis (19.01.2012) Jam 2.30 petang di Dewan Kuliah Utama. Taklimat tersebut akan disampaikan oleh Kapt. Azmi dariapda Batallion 4 (Rej 505) Askar Wataniah, Jalan Teluk Sisik, Kuantan.

Apakah yang anda perolehi apabila menyertai Askar Wataniah ?


  • Berjasa dengan menyumbang kepada pertahanan negara.
  • Mengisi masa lapang yang sebaliknya akan terbiar sekiranya tidak menyertai sebarang aktiviti kumpulan sosial.
  • Mempelajari kepakaran dalam pasukan Askar Wataniah yang dipilih.
  • Membina dan membangunkan perwatakan tanpa mengeluarkan wang ringgit.
  • Menambah kenalan/sahabat dari pelbagai lapisan masyarakat.
  • Berpeluang melawat/menghadiri latihan di pusat latihan dan pasukan-pasukan di seluruh negara.
  • Elaun semasa latihan hujung minggu dan gaji bagi latihan melebihi 72 jam dan perkhemahan tahunan.
  • Bounti/Saguhati tahunan.
  • Perlindungan kemalangan sama seperti Angkatan Tetap.
  • Elaun Perjalanan ke tempat latihan dan kemudahan perubatan.
  • Layak menyertai Insurans Berkelompok ATM.
  • Cuti tanpa rekod bagi menyertai latihan selama 30 hari dalam satu tahun (bagi kakitangan kerajaan sahaja).
  • Boleh dikerah untuk berkhidmat sepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam kor-kor yang berkaitan bagi mereka yang layak.
  • Layak mendapat kemudahan pembelian barangan PERNAMA PERWIRA NIAGA seperti mana Anggota Tetap.
·       

Insentif Askar Wataniah


Dalam Askar Wataniah setiap individu berpeluang meningkatkan kerjaya masing-masing dalam pasukan Sukarela dengan mendapat peluang-peluang berikut:
  • Kursus Kerjaya - Berpeluang mengikuti kursus-kursus kerjaya di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) di Ipoh atau pasukan-pasukan penganjur yang lain.
  • Kursus Fungsional - Berpeluang menghadiri kursus fungsional untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang ketenteraan.
  • Kenaikan Pangkat dan Pentauliahan - Anggota-anggota yang layak dan memenuhi syarat-syarat berpeluang dinaikkan pangkat dan bagi anggota-anggota yang mempunyai kelayakan akademik berpeluang ditauliahkan sebagai pegawai.
  • Imbuhan Elaun - Setiap anggota Sukarela akan dibayar elaun bagi setiap latihan yang dihadiri. Jenis-jenis elaun yang disediakan adalah seperti berikut:
  • Elaun Kehadiran: (Pegawai RM 5.80/LLP RM 4.00) - Elaun ini dibayar berasaskan jumlah jam kehadiran ke latihan tempatan.
  • Pemberian Pakar: (Pegawai RM 300.00/LLP RM 200.00) - Untuk pegawai atau anggota ditauliahkan/didaftarkan untuk tempoh tidak kurang daripada empat tahun.
  • Elaun Pakaian 'Outfit': Dibayar sekali semasa pentauliahan seseorang pegawai angkatan sukarela.
  • Elaun Senggaraan Pakaian: (RM 125.00) - Dibayar setahun sekali dikira dari tarikh pentauliahan.
  • Elaun Pakaian Istiadat: (RM 750.00) - Boleh dituntut lima tahun sekali bermula dari tarikh pentauliahan pegawai berkenaan.
  • Elaun Pakaian Tauliah Kehormat: (RM 1000.00) - Dibayar sekali semasa pegawai diberi tauliah kehormat seseorang pegawai angkatan sukarela.
  • Elaun Pengangkutan: Anggota yang menggunakan kenderaan sendiri/pengangkutan awam layak menuntut elaun perjalanan dengan syarat-syarat tertentu.
  • 'Bounti':Memenuhi syarat:

    - Kadar Penuh RM 520.00.
    - Kadar Tiga Suku RM 390.00
    -  Kadar Separuh RM 260.00
  • Gaji Dan Lain-Lain Elaun Angkatan Tetap: Dibayar apabila anggota menjalani latihan berterusan dan kem tahunan dengan memenuhi syarat-syaratnya.
  • Elaun Tamat Perkhidmatan: Mobilisasi 15% X Jumlah Bulan Genap Perkhidmatan Diakui X Gaji Akhir Pangkat Hakiki.

Thursday, December 15, 2011

BAUCAR BUKU UNTUK PELAJAR PMS


Baucar buku bernilai RM200.00 untuk diagihkan kepada pelajar yang layak tidak lama lagi kepada pelajar Politeknik Muadzam Shah, sah laku selama 3 bulan dari 1 Januari sehinggan 31 Mac tahun hadapan. Baucar ini adalah untuk pembelian buku akademik, journal, majalah ilmiah serta peralatan pembelajaran masing-masing dan pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebusnya dengan wang tunai.


Baucar buku boleh ditebus disemua kedai buku yang menyertai program ini. Penyertaan kedai buku terbuka kepada semua. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Semua warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di Politeknik Muadzam Shah serta mengikuti pengajian pada peringkat diploma secara sepenuh masa pada Januari depan layak mendapat baucar buku berkenaan.


Pengagihan baucar buku pelajar dibuat melalui Politeknik pada bulan depan. Pihak Politeknik akan menghubungi pelajar apabila baucar tersebut sampai. Pihak HEP Politeknik Muadzam Shah telah pun menghantar senarai nama pelajar serta nombor kad pengenalan dan nombor pendaftaran pelajar yang aktif.


Pihak kami mengharapkan agar duit yang bakal didapati oleh para pelajar digunakan dengan sebaik mungkin untuk membeli buku-buku yang berfaedah disamping dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh keluarga masing-masing.

Thursday, November 17, 2011

SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BARU


Saya mewakili seluruh warga Muadzam Shah mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kerana telah Berjaya mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran ke Politeknik Muadzam Shah bagi KEMASUKAN SESI DISEMBER 2011
Surat panggilan kemasukan pelajar telah diposkan kepada anda dan diharapkan pihak saudara/i dapat DOWNLOAD “Panduan Kemasukan Dan Pendaftaran” bagi Politeknik Muadzam Shah di alamat seperti berikut :


dan Pelan untuk menuju ke Politeknik Madzam Shah ;


Diharapkan pihak saudara/i dapat membaca Buku Panduan ini dengan teliti dan isikan butiran yang diperlukan agar dapat melancarkan proses pendaftaran yang akan diadakan.

Untuk pengetahuan pihak saudara/i, Sesi Kemasukan Disember 2011 ini dimulai dengan Pendaftaran Asrama pada 18 hb Disember 2011 (Ahad) di Kafeteria Politeknik kerana kawasan ini berhampiran dengan penginapan para pelajar. Saya pasti ramai ibu bapa yang telah membuat rancangan awal untuk menghantar anak mereka ke Politeknik dan tambahan pula hari tersebut adalah hari minggu, maka ramai ibu bapa tidak perlu mengambil cuti pada hari tersebut.

Untuk pengetahuan semua, Politeknik Muadzam Shah mempunyai 10 blok asrama bagi pelajar perempuan dan lelaki dan setiap blok tersebut mampu untuk menampung seramai 360 orang pelajar dalam satu-satu masa.


Untuk pengambilan pada kali ini semua pelajar telah pun ditawarkan asrama bagi kemudahan mereka. Jesteru itu ada beberapa keperluan yang perlu dibawa semasa mendaftar masuk ke asrama yang mana keperluan ini tidak disediakan oleh pihak politeknik iaitu ;
i.                     Cadar / Sarung tilam
ii.                   Sarung bantal
iii.                 Selimut
iv.                 Telekong pelajar Islam (bagi perempuan untuk menunaikan solat)
v.                   Baju Melayu dan Kain Sarung (bagi lelaki)
vi.                 Sejadah
vii.               Songkok / kupiah bagi menunaikan solat
viii.             Lain-lain keperluan diri.



Akhir kata pihak kami mengalu-alukan kedatangan anda dan gunakanlah kesempatan ini untuk menimba seberapa banyak ilmu demi mencapai cita-cita dan impian terutama dari pihak keluarga dan hargai jasa dan mengorbanan mereka.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah menghubungi pihak saya di email


MOHD HAZELY BIN ABDUL RAHIM
Pegawai Hal Hal Pelajar
(Pengambilan & Data)
Politeknik Muadzam Shah
Pahang

Friday, November 11, 2011

TATACARA PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN / ASRAMA

Terlebih dahulu pihak kami mengucapkan tahniah kepada anda kerana telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Bermula pada SESI DISEMBER 2011, calon yang terpilih memasuki Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia hendaklah membayar YURAN PENGAJIAN/ ASRAMA di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

MAKLUMAT PENTING
1.  Semua pelajar Politeknik KPT (pelajar baru dan senior) diwajibkan membuat pembayaran yuran pengajian / yuran asrama di mana-mana cawangan Bank Islam (M) Berhad.
2.      Tarikh kuatkuasa : Sesi Disember 2011
3.      Yuran Pengajian wajib dibayar sebelum pengajian.


KAEDAH PEMBAYARAN

Bayaran boleh dibuat melalui saluran berikut:
a.       Perkhidmatan Kaunter BIMB
b.      Perkhidmatan Perbankan Internet (bankislam.biz)
c.       Mesin ATM BIMB

Berikut adalah no.akaun dan nama penerima bagi pungutan hasil terimaan Politeknik. 
No. Akaun : 16-018-01-001754-1
Nama penerima : POLITEKNIK KPT

segala surat menyurat akan diberi kepada alamat berikut :

Jabatan Pengajian Politeknik
Kementerian Pengajian Tinggi,
Bangunan Komersial PJH,
Tingkat 3, 4, 5,
Lot 4C11, No. 29, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62570 Putrajaya.
Tel : 03-89919000
Fax : 03-89919300



1.      Calon boleh membuat bayaran di mana-mana kaunter cawangan BIMB dengan melengkapkan Borang Slip Pembayaran Bil seperti berikut:



1.
Nama Pelajar
:  AISY QAYYUM BIN MUHD ZAKI
2.
No. KP
:  110510-16-0037
3.
Bayar Kepada
:  POLITEKNIK KPT
4.
Jenis Bayaran
:  YURAN PENGAJIAN/ YURAN ASRAMA/
   YURAN PENGAJIAN + ASRAMA
5.
Amaun
:  RM200/RM60/RM260



(Setiap transaksi akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM1.00. Sila simpan salinan pendua Borang Slip Pembayaran Bil yang akan dikembalikan oleh pihak bank sebagai bukti pembayaran)

Pembayaran hendaklah diasingkan iaitu RM 200.00 (YURAN PENGAJIAN) untuk slip yang pertama dan RM 60.00 (ASRAMA) untuk slip yang kedua. Pelajar juga digalakkan menggunakan kaedah pembayaran ini disebabkan salinan slip boleh dijadikan bukti yang pelajar telah membuat pembayaran.


A.       PEMBAYARAN DI MESIN ATM BIMB
(Pembayar mempuyai akaun BIMB)

Pilihan menu:

1.      Lain-lain
2.      Pembayaran Bil/Yuran IPT
3.      Yuran IPT
4.      Masukan NO KAD PENGENALAN pelajar
5.      Pilih bil bayaran yuran
6.      Masukkan amaun pembayaran yang betul
7.      Transaksi selesai, ambil resit.

 (Setiap transaksi akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM0.50. Sila simpan resit anda sebagai bukti pembayaran)

B.        PEMBAYARAN MELALUI PERBANKAN INTERNET (bankislam.biz)
*       
1.         Calon perlu mempunyai akaun BIMB dan ID untuk mengakses perbankan internet Bank Islam. Sila layari www.bankislam.com.my

a)        Klik logo "Internet Banking Login" dan tekan butang "ok" pada "Security Alerts".
b)    Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank Islam.
c)    Pilih "Bill Presentment" pada menu "Bill Payment".
d)    Pilih “Politeknik KPT” pada senarai payee corporation.
e)    Masukkan “No Kad Pengenalan” pada ruang IC/Passport number dan klik "next".
f)     Klik ‘select’ pada bill reference untuk paparan maklumat pembayaran
g)    Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih "source account" yang hendak di debitkan dan masukkan jumlah amaun yang hendak dibayar dan klik "pay"
h)    Maklumat bayaran dipamirkan untuk tujuan varifikasi. Klik ‘confirm’ untuk pengesahan pembayaran.
i)     Cetak pengesahan pembayaran sebagai bukti pembayaran.

(Calon adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan sebagai rujukan. Caj perkhidmatan sebanyak RM0.50 akan didebitkan daripada akaun pembayar).

Untuk segala maklumat yang berkaitan, pelajar bolehlah melayari laman web :
http://www.unithep.blogspot.com atau hubungi terus ke

UNIT HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Politeknik Muadzam Shah
Pahang