Saturday, September 10, 2011

BRIGED YAYASAN SUKARELAWAN POLITEKNIK

Politeknik Malaysia bercadang untuk mempelopori elemen SUKARELAWAN yang lebih bersistematik dalam semua aktiviti pelajar sediada untuk melahirkan graduan yang lebih berkualiti dan mempunyai nilai tambah yang diperlukan oleh pasaran.


Kategori Program Sukarelawan
“ Sukarelawan adalah salah satu bentuk kegiatan yang member khidmat kepada golongan yang memerlukan. Terdapat pelbagai jenis bidang sukarelawan berbentuk teknikal, pengurusan am, khidmat komuniti, penerbitan, seni budaya dan sebagainya.”
Sewajarnya perjalanan SUKARELAWAN POLITEKNIK ini mencakupi semua elemen yang dinyatakan diatas, namun demi mencapai kesan yang maksima daripada program yang dijalankan kepada imej dan kesan jangkapanjang kepada pelajarnya, maka fokus SUKARELAWAN POLITEKNIK hanya ditumpukan kepada 4 elemen sukarelawan sahaja iaitu :
i.                     Pengurusan Am
ii.                   Khidmat Komuniti
iii.                 Lestari Alam
iv.                 Teknikal

Motto
BERSATU BERTANGGUNGJAWAB atau IKHLAS MENYUMBANG KHIDMAT


Tujuan
  • Memastikan sejumlah 20% atau lebih pelajar Politeknik Malaysia melibat diri dengan kerja-kerja sukarelawan.
  • Melahirkan lulusan politeknik yang bersifat ringan tulang dan jihad dalam kehidupan.
  • Menerapkan sifat-sifat berbakti dan beramal tanpa halangan dan imbuhan kecuali kesejahteraan hidup berpanjangan.
  • Mewujudkan semangat bantu membantu, kerjasama dan bergotong-royong dalam diri pelajar sebagai satu amalan hidup bermasyarakat harmoni.
  • Merasai kenikmatan dan ketenangan serta kepuasan apabila berjaya melakukan kebaikan dalam kehidupan.
  • Menyuburkan sifat kesukarelawan dalam diri rakyat Malaysia bagi menjamin ketamadunan negara yang tinggi.

Objektif
  • Diakhir aktiviti yang dijalankan, adalah diharapkan pelajar akan dapat :
  • Meningkatkan semangat jatidiri untuk terus menerus bergiat aktif dalam aktiviti sukarelawan yang lain.
  • Meningkatkan kemampuan diri dalam membuat keputusan yang tepat.
  • Meningkatkan imej diri, institusi dan warga kampus dengan sumbangan yang kecil tetapi impak yang besar.
  • Menghasilkan satu laporan lengkap mengenai aktiviti sukarelawan yang dilaksanakan.

Syarat dan Keperluan
  • Pelajar sah berdaftar di Politeknik
  • Penglibatan bebas merentasi jabatan.
  • Bersedia diaturgerak pada bila-bila masa yang diperlukan mengikut kemampuan, kemahiran peserta dan juga jenis tugas sukarelawan.
  • Ikhlas dan tidak mengharapkan sesuatu imbuhan kecuali diberikan oleh mana-mana pihak penganjur.
  • Lain-lain yang berkaitan.
Pelaksanaan

  • Tempoh masa kecuali pada cuti semester (jika berkaitan)
  • Masa berkhidmaat perlukan kelulusan / kebenaran bertulis daripada pihak pengurusan.
  • Pemilihan Aktiviti
  • Aktiviti yang memberikan kesan kepada semua pihak (pelajar, institusi, masyarakat dan negara)
  • Aktiviti yang lebih berkesan mendidik jiwa dan bukannya aktiviti yang hanya berfokuskan kepada publisiti semata-mata. Namun publisiti mesti dilakukan dalam semua aktiviti yang dilaksanakan.
Peruntukan Kewangan

  • Peruntukan kerajaan di bawah Program Pembangunan Sahsiah.
  • Peruntukan daripada ibupejabat dalam peruntukan Pembangunan Sahsiah yang akan disalurkan berdasarkan perancangan aktiviti sepanjang tahun oleh institusi.
  • Aktiviti yang dikenalpasti oleh Jawatankuasa Induk sebagai satu aktiviti yang mempunyai impak besar kepada sistem politeknik dan pelajar.
Sumbangan Atau Tajaan

  • Oleh kerana ianya dinamakan Yayasan maka sewajarnya SUKARELAWAN POLITEKNIK dibolehkan membuat kolaborasi dengan yayasan sukarela yang lain dan juga mendaptkan kerjasama (aktiviti) dengan mana-mana pihak korporat/syarikat.
  • Jawatankuasa Induk perlu mencari penaja dikalangan yayasan berkenaan (Contoh ; Yayasan Al-Bukhary, Yayasan KUOK).
  • Melibatkan MOU antara kedua-dua pihak samada untuk kerjasama atau tajaan kewangan bagi menjalankan aktiviti sukarelawan.
  • Setiap sumbangan hendaklah dimasukkan ke dalam satu TABUNG yang dibenarkan di bawah kuasa dan kawalan pihak yang diberikan kebenaran untuk digunakan sebagai melicinkan program sukarelawan terutama bagi melaksanakan aktiviti SEGERA dan MENDESAK seperti bantuan bencana dalam dan luar negara.

Kerjasama

  • Selain mendapatkan sumber kewangan daripada penajaan, Yayasan ini perlu juga menjalinkan hubungan kerjasama dengan NGO dan juga yayasan atau badan sukarela yang lain untuk memastikan perjalanan yayasan adalahaktif dan berdaya saing.
  • Melaksanakan program NGO atau yayasan yang lebih ternama sebagai peserta.
  • Melaksanakan program dengan kerjasama daripada agensi kerajaan dan swasta.
  • Lain-lain sumber yang sah.
Penglibatan


Penglibatan dari seluruh warga Politeknik Muadzam Shah adalah amat dialukan. Penglibatan terdiri daripada :
i.                     Ketua-ketua Program (melibatkan pelajar akademik)
ii.                   Pensyarah (terbuka)
iii.                 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
iv.                 Kelab dan persatuan AR201
v.                   Pasukan Polibriged AR101
vi.                 Kelab dan persatuan bukan modul
vii.               Kakitangan Unit Sokongan
viii.             Ahli keluarga kakitangan
ix.                 Terbuka kepada masyarakat sekitar.
x.                   ALUMNI POLITEKNIK
xi.                 PUSPANITA


Ingatlah, ramai mangsa yang kurang bernasib baik memerlukan khidmat dan pertolongan anda. Kalau kita tidak dapat membantu dari segi wang ringgit sekurang-kurangnya kita ada keringat dan tulang empat kerat yang boleh membantu kepada mereka yang memerlukan. Hari ini mungkin hari mereka, esok lusa mungkin hari kita siapa yang tahu.

Oleh itu saya mengharapkan agar kita sama-sama menjadi ahli SUKARELAWAN POLITEKNIK MUADZAM SHAH di dalam menabur bakti kepada masyarakat dan negara.
Sesiapa yang berminat bolehlah mendaftar menjadi ahli di Hal Ehwal Pelajar dan di Jabatan masing-masing.