Friday, August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI







Saya bagi pihak seluruh warga HEP Politeknik Muadzam Shah ingin mengucapkan


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Kepada ;

Tuan Pengarah,
Politeknik Muadzam Shah,
Tuan Haji Rosli Bin Hamid

Semoga Hari Raya pada kali ini memberi seribu kebahagian buat Tuan Haji Rosli sekeluarga. Andai ada silap dan salah, kami warga HEP memohon maaf.

Tuan Haji Nor Rahim Bin Muhayat,
Timbalan Pengarah,
Politeknik Muadzam Shah

Semoga cepat sembuh hendaknya dan dapat bersama-sama merayakan Aidilfitri bersama keluarga yang tercinta.


Semua Ketua-Ketua Jabatan
Politeknik Muadzam Shah.

Semoga lebaran pada kali ini lebih meriah bersama keluarga. Jangan lupa beraya di Muadzam Shah.

Semua Ketua-Ketua Unit & Pegawai Kanan
Politeknik Muadzam Shah

Raya sepuasnya bersama keluarga kerana selepas ini banyak kerja yang menanti anda.

Semua Pensyarah
Politeknik Muadzam Shah

Berhati-hati dijalanraya bila pulang ke kampong halaman dan ingat kepada mereka yang tersayang.


Semua Pelajar
Politeknik Muadzam Shah

Selamat berhari raya bersama keluarga tersayang dan jangan main mercun. INGAT peperiksaan akhir bakal menjelang tak lama lagi.


Semua Staf Pelaksana
Politeknik Muadzam Shah

Jangan lupa bawa kuih raya bersama apabila sekembalinya ke pejabat nanti.


Ramadhan sudah dihujung hari,
Mudah-mudahan ia tidak di penghujung hati,
Ramadhan itu medan muhajadah,
Agar Syawal kembali ke fitrah,
Perjuangan memang pahit kerana syurga itu manis,
Rmadhan itu bagai dunia untuk menempuh ujian,
Syawal itu umpama akhirat untuk menempuh kejayaan.


Waktu mengalir bagaikan air,
Ramadhan suci akan berakhir,
Kalau salah yang pernah ada,
Kalau khilaf yang sempat terucap,
Pintu kemaafan selalu ku harap,
Mohon maaf di Aidilfitri.


Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir begema menggetar jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.

Friday, August 19, 2011

TRANSFORMASI POLITEKNIK MUADZAM SHAH


Sejajar dengan transformasi kearah ekonomi yang dipacu inovasi, Politeknik Muadzam Shah memainkan peranan yang penting melahirkan modal insan berkualiti dalam bidang Kejuruteraan, Reakbentuk, Teknologi Maklumat, Perdagangan dan Hospitaliti bagi memenuhi keperluan industri di negara ini yang semakin berkembang pesat.


Sehubungan dengan itu, Politeknik Muadzam Shah menggalas satu tanggungjawab yang berat dengan menawarkan program-program yang boleh dianggap sebagai ‘Market Value’ dengan memberi penekanan kepada aspek pemikiran kreatif serta kemahiran penyelidikan kepada pelajar-pelajarnya.


Diantara program-program yang disediakan di Politeknik Muadzam Shah adalah seperti berikut:
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

*      Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif)
*      Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk)
*      Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)

Jabatan Perdagangan
*      Diploma Pengajian Perniagaan
*      Diploma Akauntansi

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
*      Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
*      Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)

Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual
*      Diploma Rekabentuk Grafik

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
*      Diploma Pengurusan Pelancongan


Program-program yang disediakan di Politeknik Muadzam Shah menjurus kepada menyediakan tenaga manusia dalam sektor-sektor yang ditetapkan dalam 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi meningkatkan lagi daya saing negara di peringkat antarabangsa. Dalam pada itu, pihak pengurusan Politeknik Muadzam Shah juga sentiasa melibatkan pelajar di dalam aktiviti-aktiviti pelajar dan melaksanakan latihan industri di syarikat atau firma supaya mereka juga mendapat pengalaman di industri.


Jesteru itu, Malaysia yang kini menuju kearah negara maju dan berpendapatan tinggi memerlukan tenaga kerja mahir dan Politeknik Muadzam Shah adalah tempat untuk menimba kemahiran yang telah dinyatakan. Pihak Kerajaan juga telah meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap Politeknik untuk berdaya saing sehingga kita memperolehi status sebagai Politeknik Universiti.


Satu lagi ‘quick wins’ yang menjadi asas kepada transformasi bagi fasa pertama ialah pengwujudan bidang tujahan. Bagi Politeknik Muadzam Shah, bidang tujahan yang dikenalpasti ialah bidang Kejuruteraan Mekanikal (Automasi) yang mana program ini hanya ditawarkan di Politeknik Muadzam Shah sahaja.


Akhir kata marilah kita bersama-sama bertindak untuk menjadikan bidang tersebut sebagai pusat rujukan kecemerlangan ‘teaching & learning’, peneraju dalam kolaborasi dengan industry, penyelidikan dan penerbitan seterusnya menjadi “Center of Technology” yang mana kita menjadi pakar rujuk dalam bidang tujahan ini.

Monday, August 15, 2011

SEJARAH POLITEKNIK MUADZAM SHAH



Politeknik Muadzam Shah (PMS) telah memulakan operasi pada 1 Ogos 2003 dan merupakan Politeknik yang ke 19 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pada awal penubuhannya, Politeknik Muadzam Shah beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah. Sebuah bangunan sekolah 3 tingkat dan dua buah asrama telah dipinjamkan oleh pihak sekolah bagi permulaan operasi Politeknik Muadzam Shah. 


Pada peringkat awal, hanya dua program yang ditawarkan iaitu Sijil Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dan Sijil Pengajian Perniagaan. Operasi politeknik semakin lama semakin berkembang dengan pertambahan jumlah pelajar. Maka pihak politeknik terpaksa menyewa Bangunan Galeri Ilmu melalui Majlis Daerah Rompin sebagai penempatan sementara bagi menempatkan Unit Pentadbiran dan Kewangan.


Logo Politeknik Muadzam Shah diilustrasi berdasrkan seekor gajah dan dipilih berikutan PMS terletak di Negeri Pahang yang dikenali sebagai Negeri Tok Gajah. Logo ini mengilistrasikan huruf P dan M yang menunjukkan kepala, belalai dan badan gajah, manakala S adalah lingkaran merah sebagai singkatan pada nama Politeknik Muadzam Shah.

Politeknik Muadzam Shah telah menerima anugerah Sijil MS ISO 9001:2000 oleh SIRIM QAS International Sdn.Bhd pada 6 Oktober 2006, dengan skop pendaftaran Perkhidmatan Pendidikan di Peringkat Sijil dalam Bidang Teknologi Maklumat Dan Perdagangan untuk lulusan SPM/SPVM. Kini PMS telah memperbaharui pensijilan MS ISO 9001:2008 pada 6 Oktober, 2009.
Bagi kemasukan pelajar baru Sesi Jun 2011, PMS telah menawarkan sebanyak 7 program di peringkat diploma iaitu ;
i.                     Diploma Kejuruteraan Mekanikal ( Rekabentuk Pembuatan Automotif)
ii.                   Diploma Kejuruteraan Mekanikal ( Rekabentuk Produk)
iii.                 Diploma Kejuruteraan Mekanikal ( Automasi)
iv.                 Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
v.                   Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)
vi.                 Diploma Pengajian Perniagaan
vii.               Diploma Akauntansi
viii.             Diploma Rekabentuk Grafik
ix.                 Diploma Pengurusan Pelancongan


Dibawah 5 jabatan induk iaitu :
  • Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
  • Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
  • Jabatan Perdagangan
  • Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual
  • Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti selain daripada 2 jabatan sokongan iaitu :
  • Jabatan Matematik Sains dan Komputer
  • Jabatan Pengajian Am


Sesuai dengan moto ‘Penjana Minda Strategik’, PMS akan terus berusaha mencapai kualiti yang ditetapkan sebaris dengan institusi pegajian yang lain serta berusaha mencapai kecemerlangan Visi dan Misi yang dipegang oleh semua warga PMS.


Kami warga PMS sentiasa berusaha meningkatkan sistem kualiti dari pelbagai aspek terutama aspek pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan graduan yang berkualiti dan komprehensif. PMS juga akan melaksanakan penambahbaikan yang berterusan dalam Sistem Pengurusan Kualiti demi memastikan kecemerlangan pendidikan sentiasa dapat ditingkatkan. PMS juga akan maju setapak lagi dalam usaha mendapatkan akreditasi Malaysian Qualification Agency(MQA)

AKAUNTANSI


Program tiga tahun Diploma Akauntansi menyediakan latihan teori dan praktikal dalam bidang perakaunan bagi membolehkan pelajar memasuki komuniti perniagaan serta dapat berfungsi dengan cekap dan lancar menggunakan sistem manual dan komputer. Kursus ini mencakupi semua bidang perakaunan seperti kewangan, pengkosan, pengurusan, percukaian dan pengauditan. Selain bidang perakaunan, pelajar juga mempelajari bidang lain yang berkaitan dengan undang-undang syarikat, undang-undang perdagangan, pengurusan perniagaan dan ekonomi yang dibentuk untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran pengurusan bagi membolehkan mereka meningkat ke jawatan penyeliaan. Semua pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama 6 bulan di semester empat bagi memperolehi pengalaman kerja dalam persekitaran perniagaan dan perakaunan.

TEMPOH PENGAJIAN

6 Semester

KANDUNGAN PROGRAM

SEMESTER 1

Kod
Program
Kredit
AA101
Islamic Education 1*
2
AA102
Moral Education 1 **
2
AE101
Communicative English 1
2
AR101
Co-Curriculum 1
1
BC101
Computer Application
1
PB101
Statistics
3
PB102
Microeconomics
3
PA101
Fundamentals of Accounting
3

***ELECTIVE
2





SEMESTER 2

Kod
Program
Kredit
AA201
Islamic Education 2*
2
AA202
Moral Education 2**
2
AR201
Co-Curriculum 2
1
AW101
Occupational Safety & Health 1
 1
PB202
Macroeconomics
 3
PB203
Business Mathematics
 3
PB302
Commercial Law
 3
PA201
Financial Accounting 1
 3

***ELECTIVE
2

SEMESTER 3

Kod
Program
Kredit
AA102
Islamic Civilization
2
AE301
Communicative English 2
2
AS101
Soft Skills
2
PA301
Financial Accounting 2
3
PA302
Cost Accounting
3
PA303
Computerized Accounting System
3
PA304
Company Law
3

SEMESTER 4

Kod
Program
Kredit
AT401
INDUSTRIAL TRAINING
10


SEMESTER 5

Kod
Program
Kredit
AE501
Communicative English 3
2
PB201
Entrepreneurship
2
PA501
Financial Accounting 3
4
PA502
Malaysia Taxation 1
3
PA503
Fundamentals of Auditing
3
PA504
Management Accounting
3

SEMESTER 6

Kod
Program
Kredit
PA601
Financial Accounting 4
4
PA602
Malaysia Taxation 2
3
PA603
Auditing and Assurance
3
PB604
Business Finance
3
PB605
Business Research
3


PROGRAM ELEKTIF

Kod
Program
Kredit
AA103
Arabic Language 1
2
AA104
Mandarin Language 1
2
PA202
Principles of Marketing
3
PB204
Business Management
3
PP302
Human Resource Management
3
PP303
Business Ethics
3
PB504
Organizational Behaviour
3

Peluang Kerjaya

Graduan dari program ini berpeluang untuk membina kerjaya dalam sektor perniagaan, perakaunan mahupun komunikasi di sektor awam dan swasta. Graduan juga berpeluang menjawat jawatan Assistant Accountant, Assistant Auditor, Tax Technician, Assistant Financial Advisor, Academician, Entrepreneur, Securities Agent di sektor awam dan swasta.